TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


10:05 AM

JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN INTER-KOLEJ UPM

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Inter-Kolej UPM pada 11 Februari 2010 (Khamis) yang bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM pada 9 malam – 11 malam.



Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Johan kategori Qari pada malam tersebut ialah saudara Amirul Asyraf bin Abd Razak dari Kolej 17, manakala Johan kategori Qariah ialah saudari Nurul Fatrah binti Mohd Ramli dari Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (KOSSAS).

Setiap johan membawa pulang sejumlah wang tunai berserta hadiah iringan iaitu al-Quran digital E-Qalam bernilai RM500, piala pusingan dan sijil penyertaan. Mereka juga akan mewakili UPM ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Universiti seluruh Malaysia yang akan diadakan pada 27 Februari 2010 (Sabtu) di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut. Semoga Allah S.W.T. menerima segala usaha kita sebagai ibadah serta menganugerahkan kita semua dengan sebaik-baik ganjaran.

Sekian.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment