TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


1:02 PM

MOTIVASI PELAJAR (Siri 1)

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

Kita masih lagi berada di minggu-minggu terawal pengajian. Kebiasaannya dalam keadaan begini motivasi pelajar dan pensyarah menjulang tinggi. Keadaan ini perlu diambil peluang sepenuhnya kerana sememangnya belajar memerlukan semangat dan minat. Di sinilah terletaknya kepentingan dan keperluan kepada perancangan dan pengurusan. Di tengah-tengah semangat yang menjulang tinggi, ada baiknya pelajar duduk seketika untuk mengatur strategi pembelajaran.



Perancangan pembelajaran yang betul akan membawa pelajar mendaki anak tangga kejayaan dengan lebih baik. Ini kerana kerja yang tidak terancang akan membawa padah kehilangan masa dan tenaga yang amat berharga.


Antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam mengatur strategi belajar ialah:
1- Penggunaan masa yang efektif.
Sejauh mana anda boleh menjimatkan masa dari bocor ke tempat yang tidak bermanfaat, maka selagi itulah kehidupan anda akan lebih bermakna. Terlalu ramai pelajar yang menghabiskan masa 24 jam yang dikurniakan Allah dengan berborak kosong, tidur berlebihan, berhibur dan sebagainya.

2- Mengasah kemahiran bahasa.
Bahasa adalah ibarat anak kunci. Jika anda memiliki kereta yang hebat tetapi tidak memiliki kuncinya, maka hakikatnya anda tidak memilikinya. Kebanyakan pelajar bukan malas mengulangkaji tetapi mereka amat tidak selesa dengan nota yang tidak dapat dibaca dan difahami dengan baik. Selagi masalah ini tidak diselesaikan, maka anda akan menggalas segala masalah pada setiap semester dan setiap tahun.

3- Cintailah ilmu.
Ilmu tidak akan bersama dengan orang yang tidak mencintainya. Ini kerana ilmu menuntut pengorbanan dari pencintanya. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit semuanya menjadi mahar bagi mendapatkan ilmu. Belajarlah untuk berkorban demi ilmu, maka ilmu akan memberikan anda sesuatu yang amat bernilai iaitu kepuasan.

0 comments:

Post a Comment