TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


1:22 PM

MAJLIS TILAWAH INTER-KOLEJ UPM 2010

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

PENGENALAN

Allah S.W.T. telah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan keesaan Allah S.W.T dengan segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah ibadah. Ia merupakan kitab panduan manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah S.A.W.



Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad!); Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul-Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang amat layak, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan menjadi hidayah (petunjuk) serta berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam”. (An-Nahl : Ayat 102).

Rasulullah S.A.W. pula pernah bersabda : “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air.” Lalu seorang sahabat bertanya : “Bagaimana untuk menghapuskan karat tersebut?” Jawab Nabi S.A.W.: “Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran”.

Daripada ayat dan hadis di atas, Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan buat julung kalinya, program pertandingan “Tilawah Al-Quran Inter-Kolej”, Universiti Putra Malaysia.

Adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat menghidupkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, di samping mengasah bakat mereka dalam bidang tilawah dan bertarannum.

OBJEKTIF
-Membudayakan al-Quran dalam kehidupan warga UPM
-Menggalakkan pelajar-pelajar UPM untuk mencintai Al-Quran
-Mencungkil bakat baru dalam bidang tilawah Al-Quran
-Mengasah bakat para pelajar UPM dalam bidang tarannum sebagai barisan pelapis Qari dan Qariah yang berpotensi ke peringkat seterusnya.

ANJURAN
Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian, Seksyen Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian Kolej-Kolej, UPM dan Pusat Islam UPM.

TARIKH
-07 Februari 2010 / 22 R. Awal 1431H (Ahad) - Peringkat Saringan - 2.00 PETANG
-11 Februari 2010 / 26 R. Awal 1431H (Khamis) - Peringkat Akhir - 8.45 MALAM

TEMPAT
Peringkat Saringan
-Dewan Kolej Dua, UPM - Kategori Qari
-Dewan Kolej Lima, UPM - Kategori Qariah

Peringkat Akhir
-Dewan Putra I, Kolej 13, UPM - Kategori Qari dan Qariah

Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment