TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


10:47 AM

ZAKAT DAN ANDA (siri 2)

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

ZAKAT DAN CUKAI

Rebat atau Cukai Pendapatan
Semua pembayaran zakat (termasuk qadha zakat) boleh ditolak daripada cukai pendapatan individu berdasarkan [Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A (3)] pada tahun semasa. LHDN hanya membenarkan tolakan (rebat) daripada cukai pendapatan perseorangan setelah memperoleh resit rasmi pembayaran zakat daripada LZS (MAIS) dan disertakan dalam borang cukai.

Contoh Pengiraan:
Cukai patut dibayar : RM1,000.00
Zakat Pendapatan : RM500.00
Zakat Simpanan : RM200.00

Kaedah Pengiraan:
Cukai patut dibayar – Bayaran Zakat = Baki cukai patut dibayar
RM1,000.00 – (RM500.00 + RM200.00) = RM300.00
Oleh itu, rebet cukai = RM700.00

Anda juga tidak dikenakan limit dalam berzakat, bermakna semakin banyak zakat ditunaikan maka semakin besarlah nilai pelepasan atau rebat yang diberikan.

Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) menerangkan: "Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis."

Untuk pertanyaan dan bantuan taksiran zakat sila hubungi talian khidmat pelanggan: 03-89471332/1328 atau E-mail: nuruliman@putra.upm.edu.my

Kini, segala urusan berkaitan zakat boleh dilakukan di Unit Pengurusan Zakat & Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM, yang telah dilantik sebagai penolong amil Lembaga Zakat Selangor .

Jenis-jenis zakat :
-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Saham
-Zakat Emas & Perak
-Zakat Simpanan
-Zakat KWSP
-Qadha Zakat
-Zakat Ternakan dan Pertanian

Semoga dengan tertunainya kewajipan zakat, keseluruhan warga UPM akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment