TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


10:48 AM

BERLATIH UNTUK MATI

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

Kematian itu datang bila-bila masa. Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia untuk mati.

Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT.  Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT. Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT, ucapkanlah dua kalimah syahadah. <!--more--> Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan.
Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita dengan benar-benar berserah pada Allah SWT.
InshaAllah, mengikut pengalaman semasa melakukannya mula-mula dahulu, mulanya kita masih terikat dengan segala apa yang kita miliki. Kita berasa sangat bimbang dan gementar. Saya seringkali terbuka mata dan tidak mahu melakukan lagi kerana jantung berdegup laju kerana bimbang benar-benar akan mati.
Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar-benar bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita tidak akan terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT. Kita melepaskan diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa bersedia untuk kembali kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja atau ketika duduk-duduk santai.


[nota] Saya menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari. Saya bersedia apa jua kemungkinan yang berlaku di dalam perjalanan saya pergi dan pulang daripada tempat kerja. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anak saya. Kemudian saya hanya ingat dan sedar akan Allah SWT dengan penuh penyerahan secara total. Saya mampu lakukan kerana saya telah serahkan anak dan isteri saya kepada Allah SWT.


Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan PENUH KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT.

Dipetik dari Jiwa Positif Hidup berTuhan

1 comments:

ذكية احمد said...

salam..
peringatn yg sangat bagus... ustaz dan semua staf ofis pusat zakat... semoga sehat selalu..dan dlm rahmat Allah...

Post a Comment