TABUNG AMANAH ZAKAT, UPM.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"


12:07 PM

BER"COUPLE" CARA ISLAM?

Posted by NURULIMAN BIN IBRAHIM Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian.

Saudari xxxxxx bertanya:

Assalamualaikum wbt..
Saya seorang pelajar yang masih menuntut di xxx. Saya nk bertanya kepada tuan mengenai persoalan jodoh...selama ini saya memang pernah bercouple dan sekarang alhamdulillah saya sudah berpisah kerana saya tahu bercouple itu haram..saya pun dah x chatting atau berkawan dgn lelaki..seperti biasa naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila saya lihat ramai rakan2 sekeliling saya bercouple saya tertanya2 bagaimanakah cara bercouple dalam Islam? Ingin bantuan jawapan segera.



Wa’alaikumus Salam wbh,
"Bagaimanakah cara bercouple dalam Islam?" Saya tidak pernah temui mana-mana rujukan atau artikel mengenai cara bercouple dalam Islam, malah saudari sudah pun memberikan jawapannya iaitu "saya tahu bercouple itu haram".

Apa yang umat Islam cuba lakukan sekarang adalah cuba meng"islam"kan bercouple itu sendiri akibat mahu meniru cara hidup barat.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: “Kamu akan ikuti jejak langkah mereka inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya; “Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: “Siapa lagi (jika bukan mereka)”. [Sahih Muslim]

Jadi fikir-fikirkanlah, adakah kita cuba "islamik"kan bercouple itu kerana itu dihalalkan Islam atau kita telah di basuh minda agar mengikut jejak mereka (Yahudi dan Kristian)?

Kehidupan manusia boleh dikatakan hampir 99% dilakukan oleh minda separuh sedar, manusia sebenarnya tidak sedar bagaimana pemikiran mereka di"program"kan oleh persekitaran, contohnya saudari sendiri menyatakan "naluri setiap insan ingin mencintai dan dicintai bila melihat...".

Secara genetik/semulajadi manusia perlu berkembang biak (melalui hubungan seks), cinta adalah apa yang dikatakan sebagai pemangkin untuk proses tersebut dan juga untuk memastikan pasangan tersebut kekal bersama membesarkan anak yang dilahirkan. Jika dahulu apabila manusia itu ingin mempunyai anak, mereka akan berkahwin dan kemudian baru bercinta, naluri untuk cinta dan menyintai dahulu sebelum berkahwin itu hanyalah datang dari persekitaran samada dari manusia di sekeliling ataupun dari filem, novel dan juga cerita TV.

Samada anda bercinta atau melihat orang bercinta, otak tetap merembeskan kimia emosi yang sama, dan kimia-kimia ini yang akan menghujani sel-sel badan anda. Sel-sel badan anda ini yang akan menjadi minda separuh sedar dan akan "menguatkan" naluri untuk anda juga perlu melakukan aktiviti-aktiviti yangg sama iaitu bercinta. Disebabkan oleh itulah jika anda semakin melayan melihat rakan-rakan bercinta, semakin melayan filem-filem cinta, semakin melayan kisah-kisah cinta, semakin hebat naluri untuk melakukan perkara yang sama kerana minda separuh sedar anda semakin kuat ke arah itu.

Sel-sel neuron otak sama juga seperti sel-sel otot, semakin kerap anda mengaktifkan jaringan neuron tersebut (melalui pemerhatian sekeliling ataupun dari skrin TV dan komputer), jaringan yang sama akan aktif. Kajian sains membuktikan bahawa, samada anda melakukannya atau dengan hanya melihat, jaringan neuron otak yang sama akan menjadi aktif. Semakin kuat jaringan tersebut (dengan melihat berulang-ulang) semakin mudah ianya terngiang-ngiang di dalam fikiran anda. Jika anda tidak mengaktifkannya (dengan tidak menghiraukan persekitaran dan juga memilih untuk tidak menonton TV cerita "sampah" itu) maka jaringan-jaringan neuron tersebut semakin lemah dan lama-kelamaan sudah menjadi sesuatu yang tidak lagi memberi kesan.

Saya akui seorang yang mengaku Islam itu perlu ada keimanan yang kuat untuk menahan diri dari turut sama terjerumus, sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Di sinilah datangnya fadhilat solat yg berkualiti, solat yg dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk kerana didalam solat inilah sel-sel badan kita akan menerima kimia emosi "Ihdinash Shirat al-Mustaqim", "tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus", apabila kerap anda menghujani sel-sel anda dengan ayat-ayat Allah maka ini akan sebati di dalam minda separuh sedar anda dan apabila anda menjalani kehidupan seharian, perasaan untuk bercouple (perbuatan haram itu) akan secara automatik bukan lagi menjadi "naluri" anda. Bukankah solat itu mencegah dari kemungkaran? Teramat benar.. tetapi hanya solat yang berkualiti dan bukan yang hanya dilakukan oleh jasad, sedangkan minda entah terbang kemana. Wassalam

0 comments:

Post a Comment